Wednesday, June 15, 2011

REVIEW: Magic Spec

sebelum tu ,meh layan semula wedding highlite disini [klik]ni.ngeh3

mesti korang nak tnya:
ok kenapa title magic spec?
kenapa kami pilih dia?

mahal tak kos nye?

team die berapa ramai?

PR die ok tak?


At first,aku tak tau pun kenapa title Magic Spec. Title tu muncul selepas kami guna kan Spec hitam sebagai props. Ni semua idea dari abg Ah Meng dari Crome Art Production. Tapi pinjam Spec hitam mama nye si tunang time tu!hehe

He's very good and experienced!Dulu dia banyak buat wedding nye video, lately dia banyak focus on corporate job. Lagi masyuk kot, ntah lah.

Banyak idea datang dari dia.Idea2 dia mmg brilliant!! Memang tak pernah terfikir nak buat macam tu kan? Kiterang just tokok tambah itu ini, contoh macam lokasi,gaya ape nk buat dan props kami yang suggest pada dia.The rest jalan cerita, abg Ah Meng. eheh.

Shoot untuk Wedding Hightlight ni sekejap je, nama pun 'highlight' kan, eheh.Buat shoot area Kotaraya sikit lepas tu kiterang terus ke Tasik Perdana untuk shoot scene yg tengah jalan2 and makan suap2 tu.:D
Overal puas hati sangat.

The best part is, impian aku nak naik basikal tua tercapai, korang leh view entry [ni]
Actually, aku tak sewa dgn sesiapa pun. Nak dijadikan cerita entah macam mana kebetulan hari yang kami buat pre wedding photoshoot tu [sini],kebetulan ade sorang pakcik tua menaiki basikal lalu di depan kami. Aku tengok je pakcik tu, tengok je lama lama. Then, tiba2 aku meluahkan isi hati aku kpd tunang! "Jum kite pinjam basikal pakcik tu wat photoshoot nakkkk?!!"

Husband aku(time tu tunang) ape lagi,terus kejar pakcik tu and cuba discussed ngn dia.Yeay!!! kami dapat pinjam kejapppp!! Pakcik tu sanggup tunggu, baik gile kot!Alhamdulillah dapat la beberapa shoot yang menarik :D . Then lepas dah settle , kami pulangkan balik kpd pakcik tu and hampir lupa nak mintak contact pakcik tu. Mujur la, pakcik tu yg offer, kalau nak guna lagi, call la katanya!:)

Nak dijadikan cerita ,esok nak buat video wedding highlite ni,malam sebelum nya call pakcik tu kata nak sewa basikal.

Pagi-pagi kol 9 pakcik tu dah terpacak dekat situ. Dalam basket basikal tu dia letak 3 bijik mangga. Nampak cantik and tak nampak kosongggg je katanya!hahaa.
Hampir sejam jugak guna, pakcik tu tunggu and tgk je kami shooting.haha.
Dah settle semuanya, kite kene la kasi "something" kat pakcik tu..paham2 je laa yeh...eheh


Itu laa serba sedikit cerita tentang perjalanan nak buat video ni.Malas nak type panjang2 aku tau bukan korang baca pun.:p
Props2 kami mmg pilih barang2 yg mcm dah lama sket, tape recorder, basikal tua, spec hitam dah lama...eheh...Nak cari Radio lama tak jumpa :(

Harga? Tak mahal pun, berbaloi dengan hasil yg kita dapat.Harga dia standard harga Professional OV. Mungkin lagi murah(tak tipu) .Try je contact k:)



ok ni la, videoman kami, nama Amir, tapi ramai yang panggil Ah Meng cuz muka dia maam cina.
Wife die selalu menemaninya setiap kali die ada job.eheh

kalau korang nak tengok Artwork abg AhMeng ,better korang call and set appoinment dengan die and boleh gi studio die yg terletak di Bangsar .Kat situ korang boleh tgk puas2 and bincang puas2 dgn dia.eheh.
Artwork dia pun jarang di-uplodkan di FB and website cuz menghormati permintaan Client2 die. Unless kalau client tu bagi permission untuk uplod (macam aku:D) , then dia akan uplod di FB :)


Fully Recommended!!!

Like page CromeArt Production


elyaelmo@gmail.com

No comments:

Post a Comment